Saturday, January 16, 2010

SABAR ITU MENGUNDANG TETAMU KEMANISAN


Malam ini aku gagah kan juga diri mencoretkan apa yag terbuku dihati.Terngiang-ngiang di telinga kata - kata ustaz yang membentangkan kertas kerja nya siang tadi.."lakukan segalanya kerana ALLAH...jangan putus asa dalam berjuang.Biarkan mereka mengata tapi ingat lah apa yang kita laku kan adalah ibadah."

Apa saja ujian yang dihadapi banyak mengadu pada Nya..kerana segala nya dari Dia hanya Dia yang tahu...jangan melakukan sesuatu kerana ingin kan sesuatu yakin la kerana apabila melakukan sesuatu yang baik maka akan ada yang terbaik akan ALLAH berikan pada kita.

Hati ku sejuk mendengar nya..aku muhasabah diri ku mungkin selama ini aku mengharap kan sesuatu aku minta pada Dia tapi masih lagi belum di berikan.Ini semua mungkin masih di tangguhkan kerana Dia ingin berikan yang terbaik.Aku redha dan menanti kerana yakin akan janji nya.

Ya Allah akan aku teruskan perjuangan ini andai ini cara terbaik untuk aku laku kan nya dengan ikhlas dan cara ini Engkau meredhai amalan ku.Cara ini Engkau memberikan aku hidayah Mu.

Wednesday, January 6, 2010

PERJALANAN HARI - HARI KU YANG SETERUS NYA

Alhamdulillah..hari ni masih ALLAH memberikan aku kesihatan dan kekuatan untuk menyelesaikan tugasan ku sebagai pendidik dan seorang anak yang sedaya upaya ingin memberikan yang terbaik buat kedua orang tua.

Habis je tugas aku di PASTI aku bergegas pula menghantar mak ke Bank...setelah selesai aku bergegas pula ke SEREMBAN..nak settle kan pasal kawan ku yang nak mendaftar line di celcom..ermm aku pun pa lagi amik la kesempatan cari hanpon baru...hanpon yg ade ni dah kritikal....maka cari punya cari akhir nya jumpa la ...tak le canggih dn mahal..aku beli iky kemampuan je...

Ermmm..apa pun hepi la juga...aku dapat gak tukar hp....
mata ni mengantuk la pulak.....nak titun dulu la..esok nak keje...

Tuesday, January 5, 2010

MENJALANI HARI-HARI YANG PANTAS BERLALU

Hari ni aku rasa penat sangat..mungkin kesana kesini menyelesaikan masalah he he he ..bukan asalah aku pun tapi masalah orang lain...dari tempat keje aku terpaksa balik ke rumah jemput mak dan abah aku...dalam hati ni Allah je yang tahu betapa geram nya aku.Mak n abah aku tak bagi tau pun apa plan dia orang.Yang aku tau abah aku je yang nak kuar..last-last bila sampai umah mak aku pun dah ready je..dah dia kata nak ikut nak pegi bank pulak..dah la adik ipar aku minta anta plak pegi sekolah baru dia yang dia akan mula mengajar....ingat kan dia n anak-anak dia je sekali tgk nenek n mak dia pun nak ikut..adoiiiiii........aku rasa nak menjerit je masa tu...untuk tak mengeruh kan keadaan dan thn marah aku diam kan diri sepanjang perjalanan....

Aku bagi tahu mak aku dia kene mengalah la..sebab kalau aku hantar dia pegi bank dulu alamat dua tempat yang nak di tuju tu akan jadi lammbat sampai.Sebab tempat tu jauh sangat.So mak aku pun setuju yang hari ni aku akan anta dia pegi bank.Lepas anta dia pg bank baru la aku akan gerak ke Seremban.

Ya Allah kadang - kadang aku terfikir dia orang ni tak penah ke nak pikir aku ni macam mana?dia orang ingat memandu ni seronok agak nya..punya la penat dia orang tak tau....sesuka je arah aku kesana kesini...sampai je ke rumah aku tak de masa lagi dah seharian aku tak makan...balik aku apa lagi....makan dulu pas je maghrib aku pun jadi chef la kat dapur..rasa penat badan ni lupakan kejap bila aku tengok mak abah aku lagi lebih penat dari aku...aku masak je apa yang patut..tak de masa nak masak yang beriye - iye ni....Pas je masak aku masuk bilik konon sementara je nak tunggu isyak..tau - tau aku dan lending time....sesedar kul 1.30 aku tejaga..aku bangun jugak sebab aku rasa haus n aku tak solat lagi...selesai semua aku jumpa la ngan sahabat karib aku ni....

Ermmm...bejaya jugak aku mengisi dada blog ni...dengan kisah aku yang penat ni tapi seronok jugak sebab aku dapat jumpa saudara angkat aku yang lebih 25 thn tak jumpa..

Aku nak sambung titunnnnnnnnnnnnnn................esok ada rezeki aku nak beli hand pon baru..yeh yeh yeh yeh....hanpon yang ade ni dah kritikal sakit nya...hik hik hik..tak sangka sebab aku amat-amat la menarik luar jangkaan......lepas la aku settle utang yang perlu aku settle kan....


ok chaw shin chan......

Sunday, January 3, 2010

KITA BERBICARA LAGI

Malam ini jejari memula kan langkah tari nya,meniti satu persatu tapak yang ade di atas badan lap top ku ini...malam ini aku berbicara tanpa teman..jika beberapa hari lepas malam ku di temani oleh seorang teman baru aku kenali...namun malam ini msa tidak mengizinkan..kata nya pada ku dia kurang sihat...berehat la teman ku semoga diri akan beroleh kesihatan yang baik setelah kau bangun esok hari..semoga esok masih di beri peluang untuk kita mengecapi RAHMAT dan NIKMAT dari yang MAHA ESA... Semoga kita masih diberi peluang untuk menghela nafas yang di pinjamkan.

Seorang teman yang aku kenali memalui freinster yang agak lama tidak aku hubungi kini kami semakin akrab...walau pun dia berada nun di seberang laut namun dia seorang teman yang sangat ceria..memiliki wajah cina membuat kan aku suka melihat nya...dia seorang yang lucu..Aidah..aku sendiri lupa berapa tahun kita menjadi sahabat...walau pun kita tidak pernah bertemu bersua muka namun sudi jua kau hulurkan salam ukhwah mu buat ku....

Esok aku akan memula kan tugas ku semula setelah hampir 2 bulan bercuti...Tak sabar rasa nya.SELAMAT BERTUGAS....Pasti kan tahun in lebih baik dari sebelum nya....

Saturday, January 2, 2010

CEBISAN HATI

Lewat malam ini..walau badan terasa amat penat namun aku cuba untuk gagah kan diri menziarah sahabat karib ku ini.Didadanya sentiasa terbuka untuk aku coretkan bait kata dan luahan dari hati ku...

Hari ini hari ke 3 telah aku selusuri tahun 2010..berjaya atau tidak kau lalui kehidupan ini.Didepan sana pelbagai cabaran yang akan aku tempuhi..minda ku mula berputar hati ku pun mula berdetik..apakah aku akan lalui kehidupan ini seorang atau aku akan di kirim kan seorang sahabat dan kekasih...Ahhh...bibir ku terukir senyum..senyum pada diri yang selalu beranggan-anggan.

Untuk perjalanan di minggu pertama 2010 ini memang agak sibuk namun ini lah cara untuk aku dapat melupakan kisah sedih ku.

Ya Allah semoga tahun ini akan merubah segala nya...amin...

Tuesday, December 29, 2009

BICARA BUAT DIRI

Wahai diri...wahai diri yang sudah tua dan semakin bertambah usia serta jarang orang melamar mu..orang lain pun enggan meminangmu..jangan lah bersedih kerana kesenangan itu sebentar lagi pasti kaan tiba.

Engkau tahu bahawa wanita yang sudah berumur tiga puluh tahun ,bahkan tiga puluh lima tahun sekali pun pabila takdirnya tiba,pasti akan tiba...

Anggap lah jika tidak berkahwin di dunia ...maka Allah akan menghwinkan mu dengan lelaki yang kamu idamkan di akhirat kelak...selagi diri mu termasuk dalam golongan wanita SOLEHAH calon penghuni SYURGA....Apalah ertinya DUNIA ini apabila dibandingkan dengan akhirat?Apalah erti kesenangan dunia ini apabila dibandingkan dengan kenikmatan akhirat?Jangan lah dibiarkan dirimu dalam keresahan , kegelisahan dan kesedihan ,tetapi sibukan lah dirimu dengan beribadah kepada ALLAH Yang Maha Pengasih....

Tanya pada diri mu....
Pernahkah kau mengerjakan SOLAT TENGAH MALAM?
Pernah kah kau BERDOA supaya dapat berkahwin dengan cara yang PENUH BERKAT?
Pernah kah kau BERSEDEKAH?
Pernah kah kau MEMBACA AL QURAN?
Pernah kah kau BERDAKWAH di JALAN ALLAH,melakukan AMAL MA`RUF NAHI MUNKAR?
Pernah kah kamu berbakti kepada KEDUA IBU BAPA dan menjalinkan HUBUNGAN SILATURRAHIM?

Kesedihan, kegelisahan dan ketegangan merupakan kematian sebelumkematian yang sebenar menjelma selain tidak mendatangkan sebarang manfaat.Kesedihan itu tidak akan mampu meredhakan kesedihan mu...

Senyumlah wahai diri ...kerana senyuman itu mampu meringankan kegelisahan mu...
Senyumlah menghadapi kehidupan , sama ada ketika suka mahu pun sedih mu.Ketahui lah bahawa ganjaran itu bergantung kepada kadar penderitaan dan oleh itu janganlah dirimu berputus asa.