Tuesday, December 29, 2009

BICARA BUAT DIRI

Wahai diri...wahai diri yang sudah tua dan semakin bertambah usia serta jarang orang melamar mu..orang lain pun enggan meminangmu..jangan lah bersedih kerana kesenangan itu sebentar lagi pasti kaan tiba.

Engkau tahu bahawa wanita yang sudah berumur tiga puluh tahun ,bahkan tiga puluh lima tahun sekali pun pabila takdirnya tiba,pasti akan tiba...

Anggap lah jika tidak berkahwin di dunia ...maka Allah akan menghwinkan mu dengan lelaki yang kamu idamkan di akhirat kelak...selagi diri mu termasuk dalam golongan wanita SOLEHAH calon penghuni SYURGA....Apalah ertinya DUNIA ini apabila dibandingkan dengan akhirat?Apalah erti kesenangan dunia ini apabila dibandingkan dengan kenikmatan akhirat?Jangan lah dibiarkan dirimu dalam keresahan , kegelisahan dan kesedihan ,tetapi sibukan lah dirimu dengan beribadah kepada ALLAH Yang Maha Pengasih....

Tanya pada diri mu....
Pernahkah kau mengerjakan SOLAT TENGAH MALAM?
Pernah kah kau BERDOA supaya dapat berkahwin dengan cara yang PENUH BERKAT?
Pernah kah kau BERSEDEKAH?
Pernah kah kau MEMBACA AL QURAN?
Pernah kah kau BERDAKWAH di JALAN ALLAH,melakukan AMAL MA`RUF NAHI MUNKAR?
Pernah kah kamu berbakti kepada KEDUA IBU BAPA dan menjalinkan HUBUNGAN SILATURRAHIM?

Kesedihan, kegelisahan dan ketegangan merupakan kematian sebelumkematian yang sebenar menjelma selain tidak mendatangkan sebarang manfaat.Kesedihan itu tidak akan mampu meredhakan kesedihan mu...

Senyumlah wahai diri ...kerana senyuman itu mampu meringankan kegelisahan mu...
Senyumlah menghadapi kehidupan , sama ada ketika suka mahu pun sedih mu.Ketahui lah bahawa ganjaran itu bergantung kepada kadar penderitaan dan oleh itu janganlah dirimu berputus asa.

No comments: