Tuesday, December 29, 2009

BICARA BUAT DIRI

Wahai diri...wahai diri yang sudah tua dan semakin bertambah usia serta jarang orang melamar mu..orang lain pun enggan meminangmu..jangan lah bersedih kerana kesenangan itu sebentar lagi pasti kaan tiba.

Engkau tahu bahawa wanita yang sudah berumur tiga puluh tahun ,bahkan tiga puluh lima tahun sekali pun pabila takdirnya tiba,pasti akan tiba...

Anggap lah jika tidak berkahwin di dunia ...maka Allah akan menghwinkan mu dengan lelaki yang kamu idamkan di akhirat kelak...selagi diri mu termasuk dalam golongan wanita SOLEHAH calon penghuni SYURGA....Apalah ertinya DUNIA ini apabila dibandingkan dengan akhirat?Apalah erti kesenangan dunia ini apabila dibandingkan dengan kenikmatan akhirat?Jangan lah dibiarkan dirimu dalam keresahan , kegelisahan dan kesedihan ,tetapi sibukan lah dirimu dengan beribadah kepada ALLAH Yang Maha Pengasih....

Tanya pada diri mu....
Pernahkah kau mengerjakan SOLAT TENGAH MALAM?
Pernah kah kau BERDOA supaya dapat berkahwin dengan cara yang PENUH BERKAT?
Pernah kah kau BERSEDEKAH?
Pernah kah kau MEMBACA AL QURAN?
Pernah kah kau BERDAKWAH di JALAN ALLAH,melakukan AMAL MA`RUF NAHI MUNKAR?
Pernah kah kamu berbakti kepada KEDUA IBU BAPA dan menjalinkan HUBUNGAN SILATURRAHIM?

Kesedihan, kegelisahan dan ketegangan merupakan kematian sebelumkematian yang sebenar menjelma selain tidak mendatangkan sebarang manfaat.Kesedihan itu tidak akan mampu meredhakan kesedihan mu...

Senyumlah wahai diri ...kerana senyuman itu mampu meringankan kegelisahan mu...
Senyumlah menghadapi kehidupan , sama ada ketika suka mahu pun sedih mu.Ketahui lah bahawa ganjaran itu bergantung kepada kadar penderitaan dan oleh itu janganlah dirimu berputus asa.

Sunday, December 20, 2009

HATI KU BERBICARA LAGI

Malam ini hati ku ingin berbicara lagi..bicara sepi ,bicara rindu,bicara harapan dan bicara tentang penantian...Malam ini terasa amat sunyi..sunyi dari segalanya..berteman kan kipas yang tak henti berputar memberikan aku rasai kedinginan lap top yang yang tak padam menemani aku seharian...

Lap top ini lah yang menghiburkan aku dengan irama yang aku selusuri dari segenap ruangan laman web yang di sediakan..ia la juga yang menghubungkan aku dan teman-teman untuk bertanya khabar.Tempat aku menyimpan segala maklumat tentang diri ku...di sini la juga setiap coretan perjalanan ku tertulis..ia lah yang menjadi sahabat suka mau pun duka ku..

Saturday, December 19, 2009

BICARA PERTAMAKU

Ini bicara pertama ku diruangan ini...walau pun hari ini hari yang ketiga di minggu petama di bulan pertama tahun baru islam,namun aku rasa masih lagi aku di beri peluang untuk aku tanamkan azam dalam jiwaku...Hijrah kali ini menuntut sejuta pengalaman hidup yang bakal aku lalui...aku berfikir sejenak..ada kah tahun ini masih seperti tahun sebelumnya atau mungkin akan berubah atau????...ahhh..apa pun aku perlu terus kan hidupku....apa saja yang akan berlaku aku perlu lalui sedih,suka,duka,gembira atau sebalik nya...HIDUP PERLU DITERUSKAN.Itu la kata hati yang bisa memujuk diri...

Tidak berapa hari sahaja lagi usia ku akan bertambah dan bertukar nombor nya...Ahhhh..usia apa pun yang aku lakukan ia tetap akan bertambah dan bertukar nombor dan cara menyebut nya..Namun apa yang aku fikir kan mengapa aku perlu sendiri????Apakah ini suratan hidup ku?atau ini sekadar ujian atau takdir perjalanan untuk ku..???aku tidak mengerti dan tidak tahu apa sebenarnya yang cuba ALLAH berikan untuk ku.

Memikir kan tentang ini aku sudah tidak terdaya untuk menangis memikirkan nasib diri,tidak tahu apa yang perlu aku lakukan lagi.Untuk menjadi baik kah?menjadi jahat kah?atau apa?aku sendiri tidak faham.

ALLAH...apa sebenar nya yang ingin Engkau berikan ingin Engkau sampai kan pada hamba-Mu yang Engkau sendiri tahu aku terlalu jahil ,aku terlalu lemah,aku terlalu kerdil disisi Mu.Aku mohon Ya Allah...aku perlukan petunjuk Mu yang terang agar aku faham.Aku tak mampu nak menharungi nya lagi...mengapa orang lain Engkau beri mereka rasakan nikmat bahgia,mengapa ku tidak.?????Aku tahu aku hina,aku tahu aku jahil,aku tahu aku semeng tak layak Engkau panggil hamba tapi aku juga ciptaan Mu...Di minda ku berfikir apakah aku di lahir kan hanya untuk merasai ujian ini atau aku masih tidak memahaimi caturan dari Mu..

Sungguh Ya Allah....aku tidak tahu apa yang perlu aku ubah diri ku, sikapku,akhlak ku...kerana aku tidak tahu harus aku ini jadi seperti mana...yang lemah lembut atau yang sebalik nya...apa saja diri aku aku tetap akan begini...sendiri dan sendiri...mereka yang bebas di luar sana aku lihat tidak sendiri,ingin juga aku jadi seperti mereka..tapi aku tahu hanya di dunia...aku cuba untuk menjadi yang lemah lembut aku tetap tak di pedulikan...harus bagai mana Ya Allah...

Tahun demi tahun berlalu aku seperti ini...setiap kali tahun baru menjelma aku berharap agar tahun itu ada lah tahun permulaan kebahgian ku...aku tak kan rasa sedih jika aku tidak senang,tidak mewah,tidak berharta,tidak pandai,tidak berpelajaran tinggi, tapi aku sedih bila memikirkan mengapa aku masih sendiri...

Semoga aku akan terus tabah,sabar dan sentiasa positif dengan apa yang aku hadapi...sebab aku masih lagi menyimpan dan mengharap kan janji Allah buat mereka yang sabar.